இனிய தீபாவளி நல்வாழ்த்துகள் Selamat Menyambut Deepavali

Deepavali merupakan satu perayaan berkiaskan kisah kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, oleh itu ia juga dikenali sebagai ‘Festival of Light’ yang menandakan cahaya menerangi kegelapan.

Tahun ini, Deepavali bertemu musim pilihanraya. Tidak kira mereka berada di mana, terdapat juga mereka terutamanya ahli politik yang telah menunjukkan ketamakkan sehingga tiada batas demi mendapatkan kuasa politik.

Tiada sesiapa pun patut dizalimi di zaman moden ini. Namun musim ini menampilkan mereka lebih membawa keburukkan daripada kebaikkan.

Oleh kerana muak dengan kemelut politik berpanjangan, rakyat mengharapkan perubahan kali ini. Agenda reformasi sepatutnya membawa harapan untuk mendapat kesaksamaan dan kesimbangan keharmonian dalam masyarakat majmuk Malaysia.

Oleh itu saya berharap Deepavali kali ini, akan menjadi permulaan kepada kemenangan kuasa kebaikkan terhadap kejahatan pada PRU 15 kelak.

Selamat Menyambut Deepavali kepada penganut Hindu seluruh dunia.

இனிய தீபாவளி நல்வாழ்த்துகள்

Andre Lai
Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju
Naib Pengerusi MPN Wilayah Persekutuan

#inikalilah #kitaboleh #AyuhMalaysia #WangsaMajuMantap