14 Notis dikeluarkan di Jalan Wangsa Melawati 3

Sebanyak 14 notis penguatkuasa DBKL telah dikeluarkan pada 10 Mei 2020 di Jalan Wangsa Melawati 3.

Mengikut laporan Harian Metro, terdapat aduan daripada penduduk tempatan mengenai 3 food truck dan 11 penjaja yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen.

Arahan tutup serta merta telah diberikan dan tindakan sitaan akan diambil sekiranya pihak penjaja gagal mematuhi arahan notis.

Laporan pantuan kami pada hari ini menunjukkan peniaga-peniaga tersebut telah mematuh arahan pihak berkuasa.