5 keluarga besar dalam kejiranan yang sama dijangkiti Covid 19

Wabak yang melanda semakin dekat dengan rumah. Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Wangsa Maju bersimpati dengan mereka sekeluarga yang terpaksa berkuarantin di rumah di Kg Hj Idris, Batu 4, Jalan Gombak. Bukan 1 keluarga tapi 5 keluarga besar yang tinggal bersebelahan antara satu sama lain telah dijangkiti Covid 19!

KEADILAN Wangsa Maju dengan Amin dan Vijay, bersama Hj Kamil, Ketua Kampung Sg Mulia menghantar sumbangan kepada keluarga-keluarga ini. (Barangan ditinggalkan di luar rumah)

Tidak jauh dari sini, Kampung Padang Balang yang terletak 1 km dari sini, telah menjadi kawasan yang paling banyak kes di dalam PKD Titiwangsa, selepas PA Desa Rejang.

Kami berharap jangkitan dapat diperlahanlam dan semoga mereka yang berkuarantin boleh sembuh secepat mungkin.