Ramai warga DBKL di Vista Wirajaya

Menyantuni penduduk di majlis Hari Raya Aidilfitri Residensi Wirajaya pada malam 3 Mei. Terima kasih kepada jemputan Saiful, pengerusi persatuan penduduk di sana.

Dengar kata, ramai warga DBKL menetap di Residensi Wirajaya. Nampaknya betul, ada pula mereka yang saya pernah jumpa dalam mesyuarat.

Saya sering berhubung dengan masyarakat di ini, namun ini kali pertama saya dijemput ke majlis. Mohon maaf atas kelewatan kerana banyak urusan sepanjang hari.

Semoga segalanya baik belaka untuk Wirajaya.

Leave a Reply