Pembakaran Terbuka di Sungai Besi

Pagi tadi, DBKL dikerah untuk memantau kegiatan perniagaan besi lusuh di Sungai Besi. Terdapat aduan pembakaran terbuka dan asap meresap masuk dalam kondo berdekatan.

Saya datang bersama rakan setugas Ahli Lembaga Penasihat DBKL Carmen Leong dan wakil Parlimen Bukit Bintang, Lee Bing Hong.

Ia adalah satu lawatan tapak bersepadu dengan Jabatan Alam Sekitar dan jabatan-jabatan dalam DBKL.

Saya menyeru agar JPK dan JKAS untuk menguatkuasakan tindakan yang semaksima boleh. Premis ini bermasalah, dengan struktur binaan yang tiada kelulusan, sistem saliran air yang boleh merisikokan wabak denggi dan kegagalan untuk mempamerkan lesen perniagaan. Disamping itu, terdapat pekerja warga asing yang tidak mempunyai permit yang sah.

Notis dan kompaun telah diisu, tetapi masih tidak memadai. Saya dan Carmen Leong kurang selesa dengan operasi premis ini. Kami menegaskan agar ada mesyuarat penyelarasan untuk tindakan yang lebih keras.

Leave a Reply