Kompleks Pasar Raja Bot dilanda dengan isu air, setelah kompleks fasa 2 telah dibuka. Masalah air sebenarnya bukan disebabkan oleh DBKL, tetapi saliran paip AirSelangor yang terganggu akibat tekanan air yang rendah.

Kami membuat lawatan tapak bersama JPPP DBKL, kontraktor dan pihak persatuan penjaja untuk meninjau seteruk mana isu ini. Tekanan air yang rendah disebabkan banyak kebocoran aam paip utamanya. Banyak penyambungan haram dibuat sepanjang Jalan Raja Alang semasa tempoh pandemik, oleh itu AirSelangor mengesyorkan untuk membuat penyambungan paip baru.

Oleh kerana ia mengambil masa yang lama (dijangka 6 bulan), DBKL melalui JKME akan membuat penetapan untuk menghantar ‘water tanker’ setiap hari untuk memenuhi tangki air kompleks pasar.

Selama seminggu ini, kompleks pasar Fasa 1 dan 2 telah mendapat bekalan air yang mencukupi. Saya berharap usaha ini memadai untuk menyelesaikan masalah jangka masa pendek.

En Hady,  pengerusi persatuan pasar juga menghasratkan agar usaha ini dapat dijalankan secara konsisten. Saya berharap mereka persatuan berpuas hati dengan penjelasan kami. Sebenarnya, pembinaan saluran paip baru bukan senang kerana ia kena menyambung paip utama fi Jalan Raja Abdullah melalui Jalan Raja Alang. Ia adalah jalan yang paling sibuk, sentiasa penuh dengan peniaga sepanjang hari. Oleh itu, ia mengambil masa sehingga 6 bulan untuk projek siap.

Terdapat juga masalah lain, seperti laluan sehala dan kebarangkalian ada gerai haram diluar kompleks pasar yang memerlukan kehadiran penguatkuasaan DBKL yang tegar.

Saya berharap pemindahan terus dilakukan dengan segera agar proses perobohan kompleks lama dapat dilakukan secepat mungkin.

Pembinaan kompleks pasar Raja Bot baru mempunyai 4 fasa keseluruhan. Kink pembinaan fasa 3 dan fasa 4 dijadualkan akan siap sebelum 2026.

Leave a Reply