Adik Khairunisa perlukan Komputer Riba

Ghaffar seorang penduduk dari PPR Gombak Setia. Setahun lebih pandemik berlaku, pendapatannya sebagai pemandu teksi amat terjejas. Minggu lepas menghubungi saya, setelah komputer riba yang dipakai anaknya tiba-tiba meletup sehari sebelum pulang ke asrama kolej.

Anaknya, Khairunisa menimba pelajaran di Kolej Yayasan FELDA Pahang. Melihat keadaan sebegini, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew Ahli Parlimen Wangsa Maju memperuntukkan sebuah komputer riba yang baru pada hari yang sama.

Bukan main gembira melihat riak muka Ghaffar. Semoga sumbangan ini dapat menolong dan mengurangkan beban Sdr Ghaffar.