Aduan pencemaran bunyi LRT

Saya mendapat aduan dari Desa Setapak berkenaan bunyi bising disebabkan oleh tren LRT. Trek LRT sentiasa menghasilkan ‘white noise’ berterusan dan mungkin menyebabkan ketidakselesaan.

Masalah ini disampaikan kepada pihak operator Prasarana dan kemudiannya melibatkan Jabatan Alam Sekitar. Hari ini saya telah mendapat maklumbalas secara rasmi.

Setelah meneliti laporan demi laporan, ujian bunyi yang dijalankan oleh JAS mendapati bahawa LRT menepati piawaian di bawah 75db. Ujian ini berpadan dengan keputusan Prasarana, iaitu di sekitar 65 – 70db sahaja. Maka, tidak ada keperluan untuk membina dinding penyerap bunyi (noise barrier).

Kes ini telah berlanjutan selama 6 bulan dan saya percaya pihak JAS telah berhubung dengan para pengadu. Semoga keputusan yang dijalankan secara professional ini dapat diterima oleh semua pihak.