Aduan pokok kelapa yang besar di Blok E, Flat Taman Melati

Sdr Khir daripada pengurusan Blok E, Flat Taman Melati menghubungi saya pada 15 Jun berkenaan dengan isu pokok kelapa yang semakin membesar di tempat letak kereta.

Banyak laporan buah kelapa dan dahan pokok jatuh ke atas kereta. Saya telah menghubungi Unit Pokok DBKL dan mereka telah membuat cantasan pokok pagi tadi.

Walaubagaimana pun, hasrat pengurusan penduduk adalah pokok-pokok ini dipotong terus.