Aduan Struktur Haram di Flat Danau Kota

Terdapat aduan berkenaan dengan struktur haram di dalam kawasan Blok C Flat Danau Kota.

Kesalahan adalah berdasarkan Seksyen 70, Akta Jalan Parit & Bangunan 1974. Ia menyebabkan ketidaksenangan di kalangan penduduk dan isu turut diketengahkan kepada pihak pengurusan (JMB).

Pihak DBKL telahpun mengeluarkan notis perobohan struktur tersebut beberapa hari yang lalu dan diharap tindakan seterusnya dapat dijalankan secepat mungkin.