Agihan sayur dan pelitup muka kepada penduduk Sri Langkawi 2

Pengagihan sayur dan pelitup muka kepada penerima di kawasan sekitar Sri Langkawi 2 oleh KEADILAN Wangsa Maju.

Usaha ini dijayakan di bawah pengelolaan Sdr Azmee (SU Pengelola) dan Sri Tharan (Naib Ketua Cabang) serta Hj Rashid, Pengerusi Persatuan Penduduk Sri Langkawi 2.

Tempoh PKPB tidak mengalakkan mana-mana aktiviti yang ‘high profile’. Penerima datang satu persatu untuk mengambil barangan dalam keadaan mematuhi SOP, manakala yang kurang upaya kami tolong hantar terus ke rumahnya.