Agihan Sayur di Laman Kenangan

Seringkali kami menjalankan program pegagihan sayur kepada penduduk setempat. Kali ini kami membuat di laman kenangan PPR Gombak Setia bersama AMK KEADILAN Wangsa Maju.

Bekalan sayur dijangka akan berkurangan dalam bulan puasa, akibat kekurangan tenaga pekerja dalam sektor pertanian yang secara tidak langsung mempengaruhi harga sayur.

Berharap usaha AMK ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban keluarga di kawasan setempat.