Agihan sayur di PPR Gombak Setia

Pengagihan Sayur Percuma KEADILAN Wangsa Maju diteruskan di PPR Gombak Setia dibawah pengelolaan ranting kawasan, Hj Khair Nasaruddin.

Kami menggalakkan penggunaan bakul sendiri atau beg kitar semula. Keadaan teratur walaupun hujan lebat pagi tadi.

Terima kasih juga kepada mereka penduduk yang turun membantu. Semangat kejiranan sebegini harus diteruskan selalu.