AGM of Danau Kota 23B Residents Assocation

Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Danau Kota 23B telah disempurnakan setelah setahun ditunda akibat Covid.

Mesyuarat kali ini juga telah memilih jawatankuasa yang sama untuk dua tahun lagi.

Tahniah kepada Cikgu Hj Gazali kerana dilantik sebagai pengerusi persatuan penduduk sekali lagi. Semoga lantikan ini akan membawa harmoni kepada penduduk rumah teres Taman Danau Kota.

Setelah persatuan ditubuhkan, kami telah menolong penduduk disini dengan sumbangan kewangan, masalah infrastruktur dan kebajikan kepada mereka yang memerlukan.

Hari ini saya melihat persatuan telah berkembang dan pejabat mereka telah menjadi tempat penduduk untuk bergaul. Rakan-rakan seperti Nizam, Abdullah dan How juga banyak menyumbang terhadap perkembangan ini.

Tahniah sekali lagi kepada semua.