Ahli Parlimen Wangsa Maju menaja pembinaan semula atap rumah Kak Mastura

Mengiringi Kak Wan ke rumah Kak Mastura dalam program Jelajah Kasih Reformasi bersama Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Wangsa Maju dan YB P. Prabakaran, Ahli Parlimen Batu.

KEADILAN / Parlimen Wangsa Maju menjalankan kerja-kerja pembinaan semula serta pihak AMK Wilayah Persekutuan dan Wangsa Maju akan mengecat semula rumah.

Turut hadir adalah para Otai Reformis bawah pimpinan Sdr Abdul Razak dan Syed Haroon. Terima kasih ahli-ahli KEADILAN Wangsa Maju yang sudi hadir bergotong royong bersama.

Terima kasih kepada Encik Sim daripada Mawar Abadi, konkrator yang sudi membuat secara percuma, Datuk Lee dari Houkinyao Sdn Bhd dan Sdr Benjamin Teh daripada Damansara Utama Methodist Church yang memberi sumbangan kewangan untuk kerja pendawaian elektrik.

Dijangka rumah akan siap sepenuhnya dalam minggu hadapan dan Kak Mastura berhasrat untuk mengadakan majlis tahlil di Masjid Saidina Ali KW pada masa itu.

“Reformis Bukan Pengemis”
– Kak Mastura Munir