Ambang Kemerdekaan Taman Danau Kota 23B

Persatuan Penduduk Taman Danau Kota 23B mengadakan program Ambang Kemerdekaan. Kali terakhir mereka mengadakan program seumpana ini pada 2019.

Selain daripada makan minum, mereka juga mempunyai cabutan bertuah dan dihiburi dengan kugiran live band. Aktiviti yang paling istimewa adalah pacak layar yang menayang filem Hang Tuah lakonan Allayarham Tan Sri P Ramlee. Kemuncak program adalah ‘countdown’ dengan bunga api

Saya sering menekankan program melibatkan masyarakat majmuk dalam KEADILAN, justeru turut menyeru lebih daripada 15 ahli cabang ke program ini.

Tahniah kepada Hj Ghazali Pengerusi Persatuan dan pasukannya yang berdedikasi.