Ambang tahun baru di Taman Melati Kawasan 12A dan 12B

Sambutan ambang Tahun Baru di Taman Melati Kawasan 12 dijamu dengan sup kambing dan roti. Rasa sup yang sedap, meskipun saya tidak sempat meluanglan masa yang panjang di sini. Saya diiringi oleh Sdr Azmee NKC dan Hj Khair AJK Cabang ke majlis.

Berjumpa ramai kenalan termasuk sahabat lama Datuk Roslan, pengerusi surau Al-Ikhtisamiah Taman Melati, Datuk Wahab pengerusi masjid Al Muttaqin Wangsa Melawati dan Hj Joe, pengerusi persatuan penduduk Taman Mastika.

Tahniah kepada Sdr Mohammad, pengerusi persatuan yang sentiasa giat aktif menjalankan program di sini.