AMK Wangsa Maju mengedarkan sumbangan kepada gelandangan

Saudara Arash, Jackie dan Harcharan merupakan ahli muda dalam KEADILAN Wangsa Maju. Dari Seksyen 1 Wangsa Maju ke Lebuh Ampang, mereka menolong mengedarkan susu kotak kepada gelandangan. Terima kasih kepada FFM Marketing & Meadow Fresh atas sumbangan ini.

Terserempak dengan Sdr Razali dari Cabang Gombak serta Saudara Syafiq Ketua AMK Pandan dan Ruben, Voices of Pandan yang juga membuat pengagihan kebajikan.

Dijangka 100,000 telah kehilangan kerja tahun ini dan jumlah ini akan bertambah menjelang 2021. Adakah peningkatan penganggur juga mungkin menyumbang kepada penambahan komuniti gelandangan di Kuala Lumpur?