Apa khabar kawan teksi?

Apa khabar kawan teksi? Saya singgah bersembang dengan kawan-kawan teksi di Taman Melati Utama. Kebanyakkan daripada mereka telah berusia.

Mungkin ada yang menganggap warga emas membawa teksi sekadar mengisi masa, tetapi ia amat tidak berbaloi apabila pendapatan ini semakin rendah. Rakyat Malaysia mempunyai pelbagai pilihan sekarang. Teksi tidak lagi menjadi kaedah pengangkutan yang popular.

Mereka berkongsi pengalaman, boleh mendapat sekurang-kurangnya RM250 sehari di zaman sebelum ada applikasi ride-sharing. Kini mereka hanya membawa penunggang dari rumah ke stesen LRT, jarang dapat penunggang ke tempat jauh seperti lapangan terbang.

Saya tidak ada penyelesaian. Sekadar menjadi tempat mereka meluahkan perasan.

Leave a Reply