Ayuh Wangsa Maju, Ayuh Malaysia

AYUH WANGSA MAJU, AYUH MALAYSIA

4 APRIL 2022, WANGSA MAJU – Masa cepat berlalu. Tahun 2018 saya dinobatkan sebagai ketua cabang dan dalam sekelip mata, kami telah tiba di penghujung penggal. Penggal ini merupakan satu pengalaman yang unik. Kami melalui 2 tahun pertama sebagai kerajaan dan 2 tahun sebagai pembangkang. Dalam penggal yang sama. 3 kerajaan telah bertukar tangan dan bakal berdepan dengan PRU tidak lama lagi.

Sebagai satu parti reform, Reformasi telah kami laungkan sebagai tanda protest pada 1998 kini menjadi parti politik besar yang menjadikan institutional reform sebagai intipati perjuangan parti. KEADILAN sering menjadi perintis dalam pembaharuan. Misalnya, pada 2010 parti telah mempelopori kaedah Satu Ahli Satu Undi. Pada 2014, Setiausaha Agung masa itu, Sdr Rafizi Ramli telah melancarkan portal pendaftaran keahlian secara atas talian. Dan pada 2022, kami juga mempratikkan pemilihan secara atas talian dalam Pemilihan yang bakal berlangsung pada bulan Mei.

Usaha 23 tahun telah membuktikan bahawa KEADILAN sentiasa berada berusaha untuk menjadi ‘trend setter’. Sebagai satu parti yang boleh dikatakan ‘senior’, 23 tahun telah menjadi 1 generasi. Kami telah membuktikan kami sebagai satu pergerakan politik yang matang; dengan kombinasi pemimpin veteran yang sedia membimbing dan pada masa yang sama kami mempunyai anak muda yang berwibawa untuk mengambil alih pucuk pimpinan negara masa hadapan.

Selama saya menjadi Ketua Cabang di Wangsa Maju, saya sering mengingatkan rakan-rakan semua pada 9 Mei 2018 kami pernah menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang dahulu digelar sebagai ‘too big too fall’. Sekiranya kerajaan ‘gergasi’ boleh ditumbangkan pada PRU14, maka tidak mustahil kami mencipta sejarah sekali lagi pada PRU akan datang.

Di Parlimen P116 Wangsa Maju, kami tidak perlu berpusu-pusu untuk merancang program kempen dalam tempoh 10 atau 15 hari sebelum membuang kertas undi kerana KEADILAN Wangsa Maju telah pun mula ‘berkempen’ untuk PRU 15, sehabisnya PRU 14.

Pada hari ulangtahun ke 23 penubuhan KEADILAN ini, saya mengumumkan hasrat saya untuk bertanding sekali lagi sebagai Ketua Cabang Wangsa Maju dan saya berjanji – untuk kekalkan Parlimen Wangsa Maju sebagai lubuk KEADILAN.

Selamat Ulangtahun ke 23 KEADILAN.

Ayuh Malaysia! Marilah Bina Semula Negara!

#ayuhmalaysia
#wangsamaju