‘Back to School’ Kampung Setia Jaya

Menyempurnakan majlis penyampaian bag sekolah ‘Back To School’ kepada Kampung Setia Jaya. Seramai 50 anak sekolah mendapat sumbangan ysng diusahakan oleh Sdr Asri. Pengerusi Persatuan Penduduk dan Sdr Riduan, Ketua Ranting KEADILAN Kampung Setia Jaya.

Cuaca panas baru-baru ini, banyak peristiwa panas di Kampung Setia Jaya juga. Tetapi, selagi ada penduduk menetap di sini, saya berharap keperluan infrastruktur kampung terjaga.

Tahun lepas kami mengikhtiarkan penurapan semua laluan utama. Semoga tahun ini, dapat usahakan naiktaraf yang lebih untuk kampung ini.