Bantahan cukai taksiran dihantar ke MPAJ

Hari ini kembali ke Ampang untuk bersama penduduk dalam bantahan cukai taksiran MPAJ. Ketua Kampung Baru Cina, Tok Ee dan Pengerusi Pasar Pagi Pekan Ampang, David Am turut serta mengiringi ADUN Lembah Jaya, YB Altimet ke MPAJ pagi tadi..

Saya hadir sebagai seorang penduduk. Meskipun kerjaya politik saya berada di dalam Wilayah Persekutuan, saya masih lagi pengundi dan pemilik harta di Ampang.

Bantahan kenaikan cukai adalah hak asas setiap pemilik harta benda. Tidak harus dilihat dari sudut negatif kerana ia adalah sebahagian daripada penambahbaikkan dalam demokrasi.

Semoga MPAJ laksanakan yang terbaik demi Ampang.

Leave a Reply