Bantuan Makanan bulan Ramadan kepada Kampung Warisan

Kami berada di Madrasah Tarbiah, Jalan Gombak untuk Bantuan Makanan bulan Ramadan kepada penduduk-penduduk Kampung Warisan.

Penyelarasan diusahakan oleh Pengerusi Hj Ishak Surin dan Ketua Biro Kebajikan PADU Hj Hassan Jauma. Kampung Lee Kong Chian, walaupun bukan dalam Kampung Warisan, juga menghantar wakil sebagai tanda persahabatan dan memupuk suasana muhibbah.

Tahun ini kami tidak dapat merewang bersama penduduk kampung. Berharap sedikit sumbangan untuk 350 penduduk Kampung Warisan dapat memeriahkan Aidilfitri pasca Covid 19.