Bantuan Prihatin Mangsa Kebakaran di PPR Gombak Setia

Sementara menunggu laporan daripada Balai Bomba & Balai Polis Setapak, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Wangsa Maju telah bergegas ke kawasan bersama persatuan penduduk pada hari kejadian yang sama.

Beliau telah memperuntukkan sumbangan prihatin kepada 65 mangsa kebakaran. Atas jasa baik pihak Baitulmal dan DBKL masing-masing juga telah menyediakan sumbangan kecemasan kepada mangsa-mangsa kebakaran.

Terima kasih kepada Hj Khir dan pasukan KEADILAN Rumah Pangsa Gombak DBKL atas pertolongan mereka.