Bazaar Ramadhan Seksyen 1 sangat meriah

Berjalan-jalan di Bazaar Ramadhan Seksyen 1 lagenda bersama isteri saya. Tinjauan dapati harga makanan yang berpatutan meskipun bukan menu Rahmah. Susunan gerai juga lebih teratur. Bukan seteruk yang diwar-warkan dalam media sosial.

Ya, nilai matawang menjadi sebutan, tetapi kerajaan masih lagi mampu mengekalkan harga barangan asas. Hanya satu sahaja masalah saya perasan – kenderaan terletak tepi jalan sepanjang Jalan 1/27A.

Tidak banyak yang saya beli hari ini kerana hujan lebat tiba-tiba. Nampak gerai Samosa Station tapi tiada orang. Tak sempat beli Lemang Pak Ali, rapi, sempat juga beli cendol Wahab.

Sempat juga saya bersembang dengan kawan-kawan komuniti – ada yang beli makanan, ada yang jual makanan, dan ada yang jaga gerai

Saya masih ingat, rata-rata peniaga di sini kurang mesra dengan KEADILAN 10 tahun lalu. Tetapi hari ini ada peniaga yang cam dan bagi ‘thumbs up’ melihat saya dalam baju parti.

Setahun dalam Kerajaan Perpaduan, masing-masing telah menyesuaikan diri dalam era Malaysia Madani.

Leave a Reply