Bengkel Kejurulatihan Guru Sukan Dan Permainan @ SK Danau Kota

Saya berkunjung ke Bengkel Kejurulatihan Guru Sukan Dan Permainan yang bertempat di SK Danau Kota.

Sekolah ini besar dengan jumlah murid yang seramai 1700+. Sempat berbual dengan Pn Zaimunah, guru besar sekolah berkenaan isu-isu infrastuktur yang dihadapi oleh pihak sekolah.

Ia juga menjadi pusat mengundi JDM Danau Kota dengan sebanyak 12 saluran mengundi – antara yang terbesar di Parlimen Wangsa Maju.