Beraya Deepavali di rumah penduduk

Hari ini mengambil kesempatan untuk berkunjung ke rumah rakan-rakan berbangsa India.

Bagi saya, setiap perayaan wajib kita sambut bersama. Untuk tahun ini, saya merasai kegembiraan sambutan Deepavali kerana, kemana-mana kami pergi dapat kedengaran bunyi mercun dan bunga api sepanjang hari.

Topik perbualan tidak boleh lari daripada keadaan ekonomi semasa dan pilihanraya. Saya sentiasa mengingatkan semua, hanya dengan suara rakyat, Malaysia ada harapan pembaharuan.

Semoga kali ini, rezeki berpihak kepada HARAPAN.

#MakkalKural
#AyuhMalaysia
#IniKalilah
#KitaBoleh
#HARAPAN