Berbuka Puasa bersama Komuniti Taman Ibukota

Semalam saya memenuhi jemputan ke Program Ziarah Nur Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa.

Program ini merupakan anjuran Persatuan Penduduk Taman Ibukota dan KRT Taman Ibukota. Bermula dengan agihan sumbangan dari rumah ke rumah, program diteruskan di dewan KRT Taman Ibukota.

Meskipun hujan lebat, sambutan tetap meriah. Terima kasih atas penganjuran program. Tahniah Sdr Fadly dan Helmi, pengerusi persatuan dan KRT.

Leave a Reply