Berbuka puasa bersama PMX di Seri Perdana

Berbuka puasa bersama Dato Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden KEADILAN. Jemputan khusus kepada semua wakil rakyat, senator, pimpinan tertinggi parti dan ketua-ketua cabang seluruh negara.

Hanya dalam majlis sebegini kami boleh berjumpa dengan rakan seperjuangan parti. Boss lama saya Dr Yee Kew Tan dan Eli Wong juga ada.

Dapat berjumpa dengan Wanita KEADILAN Pusat, YB Fadhlina Sidek dan YB Juwairiya Zulkifli serta Kak Rohani Ketua Wanita Wilayah Persekutuan serentak, sempat dibangkitkan isu semasa sayap Wanita di peringkat akar umbi.

Bukan senang dapat berjumpa semua pada majlis yang sama. Semoga KEADILAN terus diberkati dengah rahmat dan kekuatan untuk terus dengan agenda reformasi.

Leave a Reply