Buka Puasa bersama Ranting PPR Gombak Setia

Saya bergegas ke majlis berbuka puasa di Seri Perdana, maka saya mewakilkan Sdr Azmee Merak Warisan ke majlis berbuka puasa ranting KEADILAN PPR Gombak Setia.

Tempat ini penuh nostalgia bagi saya. Selama 2 tahun wabak Covid 19 berleluasa, tempat sinilah kami banyak meluangkan masa menyantuni penduduk.

Majlis ini bukan mewah. Bukan di hotel mahupun berhawa dingin. Tetapi ia penuh dengan kemesraan dan mencerminkan semangat Malaysia Madani.

Ahli-ahli ranting di sini sentiasa aktif dalam program kemasyarakatan. Nama-nama seperti Khair, Emma, Rao, Juliet tidak lagi asing buat komuniti di sini.

Terutamanya ketua ranting Hj Khair Nasaruddin antara ketua ranting yang paling banyak bersabar. Sewajarnya ranting ini dibawah pimpinan beliau antara yang terbaik. KEADILAN Wangsa Maju, tetap kukuh dengan adanya ahli yang komited seperti mereka.

PPR Gombak Setia juga akan menjadi tuan rumah untuk majlis Aidilftiri nanti.

Leave a Reply