Cadangan naiktaraf sistem pemparitan Taman Setapak Indah

Hujan lebat minggu lepas menyebabkan banjir kilat yang serius di rumah kedai Taman Setapak Indah Jaya. Saya menyeru JKAWS dan Alam Flora untuk meninjau kembali tahap kerosakan sistem perparitan di seluruh kawasan ini.

Saya percaya Alam Flora ada membuat pembersihkan berkala, namun air masih lagi melimpah dan ini bermaksud telah ada kepincangan sistem perparitan sekitar Taman Setapak Indah.

Sekiranya boleh, saya harap ada naiktaraf secepat mungkin.

Leave a Reply