Cadangan Pembangunan Semula Taman Melati

Semalam, saya bersama wakil persatuan penduduk dan pemimpin setempat Taman Melati untuk membincangkan pembangunan semula kawasan seperti yang dirancang dalam PTKL 2040.

Antara yang dibangkitkan adalah jaminan pembangunan selaras dengan keperluan taraf hidup yang selesa dan mampan. Mereka khuatiri isu yang sama akan berlaku apabila bangunan baru didirikan tanpa naiktaraf kemudahab awam. Contoh yang paling baik adalah sekolah. Lingkungan kawasan Taman Melati telah mempunyai kediaman yang padat namun hanya beberapa sekolah sahaja.

Saya menawarkan diri dalam libat urus ini agar boleh menenangkan kerisauan penduduk dengan menberi penjelasan terhadap perwartaan kawasan ini. Mungkin ada yang rasa ia tidak penting, tetapi saya rasa penduduk ada hak untuk mengetahui proses perwartaan dan scenario prosedur pembangunan semula. Lagipun, cadangan ini melibatkan kawasan yang amat luas.

Mereka akan menfailkan maklumbalas terhadap PTKL2040 dan menyediakan memorandum untuk DBKL. Saya akan pastikan, ia akan sampai ke perhatian Datuk Bandar.