Cadangan Saringan Covid 19 besar-besaran

Selangor memutuskan untuk membuat saringan secara besar-besar telah menonjolkan kewibaan kerajaan negeri berbanding dengan #kerajaangagal. Peningkatan kes 2 hari ini adalah bukti yang jelas bahawa ramai mungkin tidak tahu yang mereka juga telah dijangkiti.

Sekiranya di Selangor, katakan 8% daripada ujian awam, mendapat keputusan positif, bayangkan 8% daripada 400,000 penduduk dalam Parlimen Wangsa Maju.

Ancaman Covid 19 lebih maut daripada yang kami bayangkan. Setiap hari, saya mendapat panggilan berkenaan dengan kes baru dan setiap hari, saya nampak ambulans berlegar di atas jalan raya membawa mangsa Covid 19.

Alangkah baik sekiranya Wilayah Persekutuan boleh mendapat buat ujian percuma seperti Selangor, namun kalau tidak ada pun, kami patut juga membuat ujian dengan kos sendiri untuk keselamatan keluarga kami.

Ingat, tumpukan perhatian kepada Covid 19. Sekiranya kerajaan gagal menjaga kebajikan rakyat, kamilah yang harus jaga undi dan keselamatan kami sendiri.

* Gambar dari Jalan Gombak. Ambulans menghantar mangsa Covid 19 ke pusat kuarantin.