Cantasan pokok di Jalan Ibukota Kiri

Kerja pembersihan dan cantasan pokok telah dijalankan di Jalan Ibukota Kiri pagi tadi, setelah mendapat aduan awam minggu lepas.

Agak merisaukan melihat banyak pokok tua yang lebat apabila hujan turun dengan lebatnya. Diharap wakil-wakil penduduk boleh menghantar maklumat sekiranya ada keperluan untuk menjalankan penyelenggaraan pokok di kawasan masing-masing.