Ceramah Mega HARAPAN Danau Kota!

Ceramah Mega Harapan di Flat Danau Kota penuh sambutan. Berjumpa dengan ramai kenalan di sini, yang tidak sabar untuk mengundi Sabtu ini.

Saya hadir memberi semangat kepada ahli-ahli KEADILAN Wangsa Maju yang telah bertungkus lumus untuk calon Zahir Hassan.

Oleh kerana tidak ada tempat letak kereta sesuai, saya hanya boleh berada di sini untuk masa yang singkat dan terpaksa beredar untuk urusan lain

Maaf Dato Seri dan Rafizi Ramli – tidak sempat menunggu ucapan.