Cermin cembung di Taman Mastika

Seorang penduduk menghubungi saya bahawa 2 cermin cembung yang dipasang di hadapan rumah dia dan jirannya di Jalan Melati 1.
Ia menyusahkan mereka untuk meletak kereta di hadapan rumah.

Saya berpendapat mungkin permintaan cermin cembung telah disalah tafsir kerana ia lebih diperlukan di Taman Masika.

Walau bagaimanapun, saya telah menghubungi pejabat pengarah jabatan supaya mengalihkan salah satu tiang cermin cembung.

Dalam isu sebegini, saya rasa penduduk dan persatuan penduduk harus berkomunikasi sebaik-baiknya. Besar kemungkinan, DBKL tidak diberi taklimat yang jelas oleh pemohon sendiri.