Cermin kembung di lengkok Jalan Bandar Dalam, hadapan BJ Furniture

Rancangan asal adalah untuk memasang bonggol jalan kerana kenderaan yang memecut di selekoh jalan ini.

Namun DBKL berpendapat ia tidak sesuai kerana ia memerlahankan perjalanan kenderaan kecemasan seperti ambulans dan Bomba.

Maka, cermin cembung dan ‘speedbreaker’ telah dipasang di selekoh tajam di Jalan Kampung Padang Balang, hadapan BJ Furniture.

Penambahbaikan ini dimeterai pada awal tahun ini, selepas aduan pertama di buat pada Oktober tahun lepas.

Semoga ia dapat memanfaatkan penduduk di sekitar kawasan.