‘Chop’ Parking di Desa Setapak

DBKL telah mengambil tindakan susulan aduan daripada orang awam dan penduduk di Taman Desa Setapak, Wangsa Maju kepada Pejabat Cawangan DBKL Wangsa Maju mengenai tindakan ‘Cop parking’.

Satu Operasi Sitaan Halangan (Cop Parking) telah diadakan pada 8 Julai 2020 (Rabu) di kawasan tersebut dan dalam operasi ini antara halangan yang telah disita adalah seperti kon, water barrier, tayar kenderaan, botol-botol terpakai dan lain-lain lagi. Kesemua halangan yang disita itu dibuang ke Pusat Pelupusan Sampah di Kepong, Kuala Lumpur.

Jika anda mempunyai aduan mengenai monopoli tempat letak kereta, sila salurkan aduan anda kepada Pusat Panggilan Setempat DBKL ditalian 1 800 88 3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL kawasan anda.

Sumber: DBKL
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2400798463546639&id=1396477910645371