Dahan & Rekah di Jalan Langkawi sering jatuh

Pokok lebat dicantas di depan Apartment Teratai Mewah, off Jalan Langkawi. Dahan dan rekah yang sering dilihat jatuh ke atas jalan raya.

Semenjak masuk ke Fasa 2 PPN, trafik kenderaan mula kembali kepada normal.

DBKL JLR bertindak pantas sejurus mendapat aduan. Pada hari yang sama, mereka juga berada di beberapa tempat untuk kerja cantasan pokok juga.