DBKL Sita Objek Menghalang Parkir

Kami sering menerima aduan penduduk berkenaan gejala halang tempat parkir awam (chop parking) untuk kegunaan sendiri dan menimbulkan isu keharmonian dalam kelompok kejiranan.

Kami sentiasa mengingatkan DBKL penguatkuasa agar membuat permantauan berkala. Kebanyakkan kes, berpunca akibat pertelingkahan antara jiran, yang selalunya melibatkan DBKL dalam kemelut peribadi.

Pagi tadi pihak DBKL sekali lagi membuat sitaan objek halangan parkir di Taman Setapak, Desa Setapak dan Seksyen 1.

Saya berbincang dengan Ketua Inspektor tadi bahawa mereka yang menimbulkan masalah harus dikenal pasti. DBKL tidak boleh berada 24/7. Kadang kadang yang membuat provokasi dalam apa jua cara harus dikenakan tindakan, bukan sahaja pelaku.