Deepavali Kondattam Bandar Tun Razak

Saya bersama rakan-rakan pimpinan MCPF Kuala Lumpur berkunjung ke Deepavali Kondattam Bandar Tun Razak. Majlis disempurnakan oleh Datuk Seri Wan Azizah, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Datuk Azman Abidin, Setiausaha Politik Perdana Menteri merangkap Ketua Cabang KEADILAN Bandar Tun Razak.

Program ini amat berjaya dengan kehadiran ramai penduduk berbangsa India. Sudah pastinya, mereka gembira dengan pengisian program yang khusus diadakan untuk sambutan Deepavali.

Tahniah sahabat Prince Jon, Naib Ketua Cabang KEADILAN Bandar Tan Razak atas pengelolaan yang amat berjaya ini.