Deepavali: Perayaan Cahaya, Harapan dan Perpaduan

அனைவருக்கும் என் இனிய தீபாவளி நல்வாழ்த்துக்கள் என்று.

Selamat Hari Deepavali 2023.

DEEPAVALI: PERAYAAN CAHAYA, HARAPAN DAN PERPADUAN

Deepavali atau Diwali merupakan antara sambutan perayaan terbesar di dunia, dengan hampir setiap rakyat di India kira-kira 1.2 bilion dan diaspora masyarakat India seluruh dunia menyambut perayaan yang juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Di negara kita, Deepavali merupakan antara perayaan yang paling signifikan dan disambut dengan penuh kemeriahan. Kita mempunyai sejarah yang panjang tentang persefahaman di kalangan mereka dari latar belakang, budaya, kepercayaan, dan asal usul yang berbeza.

Selama ini, kita telah menunjukkan bahawa kita boleh hidup bersama dalam suasana saling hormat dan toleransi, serta bekerjasama dalam mencapai matlamat bersama.

Deepavali merupakan satu perayaan yang dikisahkan sebagai kebaikan menewaskan kejahatan. Namun, kebaikan atas kejahatan adalah satu realiti yang tidak pernah dunia nikmati.

Di sebalik kamar, terdapat perbezaan idealisme yang kian berusaha untuk memecah belahkan perpaduan yang selama ini tidak pernah dipersoalkan. Banyak yang tidak patut diluahkan, telah pun diluahkan secara terbuka dalam ruang siber seolah tanpa batasan moral.

Kebebasan yang dinikmati rakyat Malaysia telah diambil kesempatan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab menyebar fitnah dan adu domba demi memuaskan nafsu dek kegagalan mereka menggugat kerajaan dan keharmonian rakyat yang sedang dan akan terus dibina.

Sebagai contoh, pada saat Perdana Menteri menyatu-padukan Malaysia, wujud pula sentimen kenegerian dalam kenyataan Kedah wajar mengambil balik Pulau Pinang oleh seorang pemimpin pembangkang.

(Merenung balik kepada sejarah: Kuala Lumpur sebahagian daripada Selangor, Perlis sebahagian daripada Kedah manakala sebahagian Negeri Sembilan merupakan jajahan Melaka).

Malaysia setakat ini, telah melihat kegigihan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pemerkasaaan intipati Malaysia MADANI. Reformasi yang dilaungkan selama 25 tahun telah mula dipraktikkan dalam pembaharuan institusi negara.

Oleh itu, kita seharusnya berdiri menyokong beliau untuk menewaskan haloba golongan gila kuasa, seperti mana dalam epik Ramayana di mana Rama membendung kejahatan.

Sejarah Deepavali, seharusnya kita mengambil pengajaran daripada kisah ini sebagai iktibar dan pedoman untuk dijadikan panduan kepada pembentukan negara lebih cemerlang pada tahun-tahun mendatang.

Deepavali, secara rohaninya melambangkan kemenangan kebaikan atas kejahatan, cahaya atas kegelapan, dan pengetahuan atas kejahilian. Ia adalah masa untuk merenung nilai-nilai, tindakan, dan aspirasi kita membina sebuah negara progresif selari dengan enam kerangka teras dalam konsep Malaysia MADANI.

Marilah jadikan pesta cahaya kali ini sebagai sumber harapan dan perpaduan.

Raikan Deepavali dan Malaysia MADANI tahun ini, sebagai pemangkin komitmen kita terhadap keamanan, keadilan, dan keharmonian.

Selamat Menyambut Pesta Cahaya Hari Deepavali.

Pautan asal:
https://harapanmadani.com/deepavali-perayaan-cahaya-harapan-dan-perpaduan/