Depoh Lusuh Baru di Pantai Sentral

Depoh tunda kenderaan DBKL yang baru telah dilancarkan hari ini. Isu kereta lusuh telah menjadi satu isu yang utama kami bincang antara Ahli Lembaga Penasihat dengan Datuk Bandar. Kenderaan tersadai telah menjadi masalah kepada DBKL dan JPJ

Seringkali aduan penduduk tidak dapat diproses kerana kekurangan ruang dalam depoh yang sedia ada. Akibatnya, penduduk hanya boleh terus mengeluh dan DBKL tidak dapat menjalankan penguatkuasaan dengan efektif.

Tanah yang seluas 2.5 ekar di Pantai Sentral mampu menampungi lebih kurang 700 buah kenderaan lusuh. Sekiranya ia diatur secara bertindan saya percaya ia boleh melebihi beribu kenderaan pada satu-satu masa yang sama.

Rakan setugas ALP saya Sdr Hayatul dan Jaya pernah membangkitkan isu ini dalam Jawatankuasa Kewangan DBKL untuk menjana pendapatan DBKL melalui kompaun atau penjualan kenderaan lusuh. Saya percaya masih ada perbincangan dengan JPJ dan perlu merujuk kepada Akta Pengangkutan Jalan untuk menghalusi proses perlulusan.

Saya tidak sempat untuk program pelancaran kerana ada mesyuarat di COB pada masa yang sama. Namun, saya berterima kasih kepada Datuk Bandar kerana menerima saranan kami.

Leave a Reply