Dimmed street lights and tall trees at Setapak Garden

Sebelum ini, saya pernah menyusulkan isu lampu yang malap disepanjang Jalan Cengal. Walaupun mempunyai lebih daripada 20 pasang lampu jalan, namun jalan masih kelihatan gelap kerana pokok-pokok besar yang terlampau lebat.

Saya mencadangkan kepada pihak landskap DBKL supaya membanyakkan cantasan pokok-pokok ini. Saya percaya selepas kerja penyelenggaraan ini, pengguna Jalan Cengal akan lebih selesa menggunakan laluan ini.