Dropping food supply to Covid 19 patients in Desa Setapak

Semasa mengedar makanan di Desa Setapak, saya mendapat panggilan berkenaan dengan sebuah keluarga yang dijangkiti Covid 19.

Mereka tidak sempat mendapatkan bekalan makanan untuk 10 hari berkurung. Saya mendapatkan bantuan serta merta dan meletak atas peti surat.

Keadaan sebegini bukan yang baru. Walaupun telah vaksinasi penuh, risiko mendapat jangkitan masih ada. Dalam program vaksinasi bergerak di Wangsa Maju baru baru ini, mendedahkan hampir 500 penerima vaksin baru yang menetap di Wangsa Maju.

Bayangkan, masih ada lagi mereka di kalangan masyarakat belum divaksinasi dan pada masa yang sama, kerajaan memutuskan untuk mengakhiri semua PPV di Lembah Kelang.