Edaran kalendar di Seksyen 4

Berada di Seksyen 4 Wangsa Maju untuk mengagih kalendar di kedai roti bom belakang blok C. Antara orang pertama yang saya bagi muka serupa Mat Over. Mat Over yang ori baru saya jumpa minggu lepas. 朗

Nak bagi publisiti sedikit kepada kedai Roti Boom RBC. Tuan punya kedai asal dari Kamping Simpang Tiga, tetapi dah jual roti boom selama 19 tahun. Setiap hari kecuali Isnin, akan dibuka dari 7 – 12 tgh. Lokasi di sini – https://maps.app.goo.gl/aT8JjJcvjPZbQzcm9

Selain daripada itu, saya sering melihat Harris, Usop, Shafiai, Reen dan ramai kenalan saya yang selalu melepak di sini. Malaysia Madani – semoga tahun 2024 akan menjadi lebih baik untuk semua.