Fiasko status tanah Kampung Setia Jaya

Datuk Azman, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri telah mengadakan perbincangan proaktif  bersama wakil penduduk berkenaan dengan fiasko Kampung Setia Jaya. Segala penelitian fakta dibuat dengan objektif mendapatkan jalan penyelesaian formula menang-menang untuk mereka penduduk yang layak.

(Coretan asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid033cXg1YBe2H1uZTWftrY2CWzUvsiE9sTVo3RZaiTuaB5opJnscGc4Lefvt5MJr3wel&id=100000237608020&mibextid=Nif5oz)

Mereka yang hadir Sdr Asri Sapuan, AJK Cabang merangkap Pengerusi Persatuan Penduduk, Hj Riduan, Ketua Ranting KEADILAN Kampung Setia Jaya serta Datuk Noorsyam, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju, diiringi oleh peguambela masing-masing.

Kami pernah membuat penyelearasan bancian untuk tujuan pampasan pada akhir 2019, tetapi usaha dibantut setelah bermulanya Covid 19.

Terima kasih kepada Datuk Azman dan Dr Zaliha, Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) atas inisiatif ini.

Semoga perbincangan boleh membuahkan hasil yang positif.