Flood Volunteer from Sri Pelangi

Encik Bryan yang berbaju hijau merupakan seorang penghuni di Sri Pelangi Condominium. Kelmarin, dia telah ke Shah Alam untuk mengeluarkan seorang ahli keluarga yang terkandas dalam rumah.

Hari ini, Bryan bertekad untuk kembali menolong mangsa-mangsa lain di Taman Sri Muda. Dia bersama kenalannya telah bertolak untuk membawa sumbangan makanan kering ke Taman Sri Muda malam ini, di ambang perayaan Winter Solstice. Saya juga memperuntukkan sedikit sumbangan untuk usaha murni ini.

Semangat Bryan dan rakan-rakannya patut dicontohi. Setiap daripada kami mampu menolong, walaupun kecil sumbangannya. Syabas Malaysia!