Gangguan Bekalan Air Lagi?

GANGGUAN BEKALAN AIR LAGI? PERTAHANKAN HAK ANDA!
再次遇到制水困扰?请继续捍卫身为消费者的权益!
WATER DISRUPTION AGAIN? STAND FOR YOUR RIGHTS AS CONSUMER!
மீண்டும் நீர்விநியோகத் தடையா ? பயனீட்டாளராய் உங்கள் உரிமையை நிலைநாட்டுங்கள் !

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew bersama dengan Panel Peguam akan membantu penguna yang telah terjejas akibat gangguan bekalan air baru baru ini untuk mendapatkan pampasan melalui tindakan mahkamah.

A) PIHAK MANA yang akan kita saman dalam tindakan mahkamah ?
i) Kilang yang terlibat mencemarkan sungai.
ii) Jabatan Alam Sekitar (DOE)
iii) Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
iv) Lembaga Urus Air Selangor (Luas)
v) Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS atau SYABAS)

B) SIAPA yang layak membuat tuntutan?
Sesiapa yang telah mengalami gangguan dan terputus bekalan air pada 3 September hingga 7 September, samada di rumah atau tempat perniagaan.

C) Berapa jumlah pampasan yang Anda boleh menuntut ?
i) Bergantung kepada nilai RESIT yang dituntut
ii) Untuk perniagaan, pampasan akan bergantung kepada kerugian yang dapat dikenal pasti
iii) Untuk kerugian melibatkan Individu atau Keluarga yang tidak dapat dikira seperti contoh tekanan emosi dan ketidak selesaan, pampasan akan bergantung kepada keputusan Mahkamah

D) Adakah semestinya Anda akan mendapat pampasan ?
Mengikut kepada Undang Undang, semua yang terjejas berhak menuntut pampasan. Namun bergantung kepada keputusan penghakiman Mahkamah.

E) Berapa Fi peguam yang perlu Anda bayar ?
Bagi memastikan kesemua mereka yang berpendapatan rendah boleh bersama membuat tuntutan kerugian mereka, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew bersama Panel Peguam telah menyediakan Fi istimewa mengikut kategori seperti berikut:
Individu – RM 20
Penjaja Kecil – RM 50
Kedai / Restoran / Salun – RM 100
Kilang / Perniagaan Besar – Bergantung kepada nilai jumlah tuntutan
* Untuk Kilang/Perniagaan Besar dan Tuntutan yang lebih besar mohon rujuk kepada Panel Peguam bagi maklumat lebih lanjut.

F) Apakah yang perlu Anda perlu buat untuk membuat tuntutan ?
Sesiapa yang berminat untuk membuat tuntutan perlu mengisi 2 borang iaitu:
i) Borang Tuntutan Kerugian dalam tempoh masa gangguan bekalan air
ii) Surat Perlantikkan Peguam bagi mewakil pemohon
Borang Tuntutan dan Surat Perlantikkan Peguam boleh didapati serta dihantar kepada Firma Guaman yang terlibat seperti berikut:
i) Messrs Calvin Khoo (Tel: 03-7865 8071)
ii) Messrs Fithril Halim & Co (Tel: 03-2701 8017)
iii) Messrs Wun, Lee & Partners (Tel: 010 225 6245)
iv) Saha & Associates (Tel: 03 2697 1960)
v) Prekeas & Partners (Tel: 03 7931 8089)

G) Apakah Anda perlu hadir di Mahkamah untuk memberi keterangan?
Ya, sekiranya diperlukan oleh pihak Mahkamah.

H) Bagaimana cara pembayaran Fi Guaman dilakukan?
i) Melalui pembayaran Tunai
ii) Melalui pembayaran Cek Bank atas nama Firma Guaman
iii) Melalui pembayaran atas talian – mohon rujuk kepada Firma Guaman untuk maklumat lanjut

I) Kakitangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Wangsa Maju bersama dengan panel peguam akan memberi taklimat tentang Tuntutan dan membantu penduduk mengisikan borang di beberapa lokasi di Wangsa Maju dalam masa empat minggu ini.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi
Pejabat Pusat Khidmat MasyarakatAhli Parlimen Wangsa Maju
Unit 20-2, Blok B, Platinum Walk,
Jalan Ibukota, Kuala Lumpur
No. Telefon : 03 4144 4342
Email: wangsamaju.aduan@gmail.com