Gangguan elektrik berdekatan Masjid Othmaniah

Penduduk Kampung Padang Balang mengalami gangguan elektrik apabila ‘switchbox’ berdekatan Masjid Othmaniah didapati meletup.

Saya berada di kawasan bersama ketua kampung Tn Hj Rosden dan bersyukur tiada kecederaan dilaporkan.

Pihak TNB telah menghantar lori penjana generator, dan sebuah lagi lori masih lagi dalam perjalanan demi memberi bekalan elektrik sementara menunggu pembaikpulihan yang mungkin mengambil masa beberapa hari. Saya telah menghubungi pejabat TNB agar penyelarasan kerja boleh dipercepatkan.

Anggaran separuh daripada penduduk terjejas akibat kemalangan ini. Kami berharap penduduk di kawasan dapat bertabah berdepan dengan musibah ini.

Dalam masa yang sama kami juga meninjau masalah longkang di sebuah rumah penduduk tidak jauh dari lokasi.